
Assalamualaikum wrt wbt
Innalillahi wa inna ilahi raji'un. Pada hari ini, pada ketika hujan mencurah-curah membasahi bumi, kita menerima suatu khabar yang amat menyedihkan, berita pemergian Syiekh al-Fadhil guru kita yang disayangi, Ustaz Abu Bakar Awang.
Innalillahi wa inna ilahi raji'un. Pada hari ini, pada ketika hujan mencurah-curah membasahi bumi, kita menerima suatu khabar yang amat menyedihkan, berita pemergian Syiekh al-Fadhil guru kita yang disayangi, Ustaz Abu Bakar Awang.
Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi tadi, iaitu pada jam 11 pagi, 23hb Nov 2009 bersamaan 5hb Zulhijjah 1430H di Hospital Sutanah Bahiyah, Alor Setar lantaran sakit tua.
Al-Marhum Syeikh Abu Bakar pulang ke rahmatullah pada umurnya 84 tahun. Beliau meninggalkan 4 cahayamata, 2 lelaki dan 2 perempuan.
Semoga segala jasa-jasanya selama ini yang menurunkan ilmu kepada kita tanpa rasa penat dan lelah dapat dibalas oleh Allah s.w.t. dengan balasan yang besar. Semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat yang mulia di sisiNya.
Kepada ahli keluarganya, kami mengucapkan "أعظم الله أجركم ، وأحسن عزاءكم وغفر لميتكم"
Semoga semua anak muridnya boleh memberi sedekah pahala kepada ruhnya dalam bentuk apa sahaja. Sama ada dalam bentuk doa atau amal kebajikan. Kepada mereka yang tidak dapat hadir ke solat jenazah beliau, disarankan agar melakukan solat jenazah ghaib untuk beliau.
Beliau telah menunjukkan teladan yang baik dalam komitmennya dan istiqamahnya kepada tugasnya dan dakwah Islamiah. Semoga anak-anak murid beliau dapat mencontohi beliau dalam komitmen beliau dan istiqamah beliau. Dan semoga mereka dapat menyabung tugas-tugas beliau dalam menyampaikan ilmu-ilmu Allah s.w.t. dan dakwah Islamiah.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment